Lelaki Berang Peniaga Kenakan Caj Kuah “Kuah pun nak berkira jugak ke”

 

Bagi seseorang yang menjalankan perniagaan, pastinya mereka terpaksa berdepan dengan pelbagai ragam pelanggan, lebih-lebih dengan keadaan ekonomi yang tidak menantu sekarang ini.
Terbaru, tular sebuah video di laman TikTok apabila seorang pelanggan mempersoalkan caj untuk kuah makanan yang dikenakan oleh peniaga.
Memang zaman sekarang memang tak perlu mengira kuah ke?

Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna dikenali @faraysoff, dilihat seorang pelanggan lelaki datang ke kedai tersebut bagi membungkus makanan. 
Namun keadaan dilihat semakin tegang apabila pelanggan itu mulai bengang apabila kuah juga dikenakan caj walaupun peniaga tersebut sudah menjelaskan hal sebenarnya.
“Zaman sekarang kuah tidak perlu kira ke? Makan nasi tanpa kuah sedap ke?”
“Berniaga nak masak kuah pun perlu menggunakan santan dan rempah. Ingat santan dan rempah murah ke?”soal Fara sebagai seorang yang berniaga
@faraysoff orang berniaga sila jawab 🙃 . mai kedai komplen kuah dicaj harga 😏 . #fypシ゚viral #fyp ♬ original sound – 𝖋𝖆𝖗𝖆.𝖞𝖘𝖔𝖋𝖋 🕊

Kuah pun nak berkira jugak ke?
Perkongsian yang pada asalnya dilihat mahu warganet mengecam tindakan pelanggan tersebut berpaling tadah apabila ramai mengkritik peniaga tersebut kerana mengenakan caj hanya disebabkan kuah.
Mereka mengatakan peniaga sepatutnya tidak mengenakan sebarang caj terhadap kuah kepada pelanggan, sebaliknya menganggap ia sebagai sedekah.
Kuah banyak macam ni RM1 pun mahal ke?
Disoal mengenai hal tersebut, Fara mendedahkan kuantiti kuah yang dibungkus hanya RM1 sehingga membuatkan ramai berpaling tadah dengan mengatakan caj dikenakan itu adalah masuk akal.
@faraysoff Reply to @aa_jatttt ♬ Dalamo Dalamo – DJ Opus

Sumber:  @faraysoff

Comments are closed.