Aaron Aziz jelaskan dakwaan tatu tanda salib ,sehingga warganet terhibur gelagatnya

 

Sebut sahaja nama pelakon kacak, Datuk Aaron Aziz tentu ramai yang mengingatinya yang membawa watak sebagai Malik dalam filem KL Gangster. Terbaharu nampaknya Aaron Aziz semakin berkongsikan video-videonya kepada umum yang sekali gus membuatkan peminat KL Gangster menggamit memori.
Mana tidaknya, pelakon aksi ini tidak hanya disukai peminat drama tempatan malah dia juga menjadi antara pelakon filem yang turut popular dengan bakatnya.
@therealaaronaziz Combo time with @Saiful Merican #y #fyp #fypシ #fypage #fypシ゚viral #fypdongggggggg ♬ original sound – aaron aziz

@therealaaronaziz “Original Gangster “ let’s go!! Ari Gila This is war!!! TQ @nissakhanmakeup #y #fyp #fypage #fypシ #fypage ♬ original sound – aaron aziz

Dalam muat naik video dikongsikan Aaron Aziz itu pula memaparkan dia dalam satu sesi latihan bersama seorang individu manakala dalam rakaman kedua dikongsikan itu juga memaparkan Aaron Aziz nampaknya perlu bertatu, demi watak gangster yang membuatkan ramai peminat watak Malik juga merasa teruja.
Meskipun begitu, nampaknya ada juga yang mendakwa tatu dipakai Aaron Aziz itu terdapat tanda salib lalu menyebabkan pelakon ini sendiri dengan pantas menjelaskan dakwaan tersebut. Aaron Aziz tidak sekadar menidakkan dakwaan yang dikatakan itu malah dia juga menjelaskan dengan begitu terperinci sehingga warganet turut terhibur dengan gelagatnya.
@therealaaronaziz

BUKAN SALIB LA ITU DAGGER 🗡 PISAU. Ke nak letak Pisang ????

♬ original sound – aaron aziz

sumber:therealaaronaziz

Comments are closed.