“Kebal sungguh budak2 ni..” Selamba Main Tepi Kubur, Gelagat Budak-Budak Ini Curi Tumpuan Ramai

 

Zaman bermain ketika kanak-kanak sudah menjadi lumrah bagi menghilangkan rasa bosan mereka. Apatah lagi jika hidup berjiran, daripada pagi hingga ke petang hanya memikirkan permainan untuk main bersama sahaja.
Lain pula yang terjadi pada video ini berkenaan gelagat sekawan kanak-kanak dengan selamba bermain permainan mereka pada waktu malam telah mencuri tumpuan ramai.
Main gasing mainan bersebelahan tanah kubur
Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @sitimurnie89 , kelihatan beberapa orang kanak-kanak perempuan dengan selamba bermain gasing mainan bersebelahan tanah perkuburan.
Apa yang lebih menariknya adalah mereka tidak ada rasa takut walaupun bermain pada waktu malam. Khabarnya, kanak-kanak itu bermain berdekatan tanah perkuburan kerana ingin menemani mak cik mereka berniaga di situ.
Lihat video
“Kebal sungguh hati budak-budak ni” – Netizen
Rata-rata netizen turut terhibur dan kagum dengan keberanian kanak-kanak perempuan itu.

Comments are closed.