Walau rumah dihina hampir roboh ibu tetap ceria,Bahagia kongsi video

 

Setiap orang bebas untuk berkarya terutamanya di media sosial. Apa juga konten yang ingin dilakukan bebas untuk dikongsi di pelbagai aplikasi asalkan ia tidak melanggar syarat-syarat yang ditetapkan.
Namun, sebagai pengguna media sosial, kita seharusnya bersedia untuk menerima apa juga komen daripada warganet yang menonton konten tersebut kerana ia telah menjadi milik umum.

Rumah dihina macam nak roboh

Akan tetapi, sebagai pengguna yang bijak, tidak seharusnya kita meninggalkan komen yang mengguris hati pihak lain selagi dia tidak menyinggung mana-mana pihak.
Hal tersebut dialami sendiri oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai  @yoonachiee apabila konten yang dikongsikan menerima kecaman seperti menghina keadaan rumahnya.
@yoonachiee Reply to @ommohdhashim Insha-Allah tq🥰🥰 #orangkampung🔰#surirumahsepenuhmasa #bahagiaitusederhana#gengnustan💞 #menghiburdirisendiri #forfunonly #sabahan #kudatcrew_fams #fypシ #fypシ゚viral ♬ original sound – YoonaChiee

Bahagia sebagai surirumah
Padahal, wanita itu hanya berkongsi kegembiraan menguruskan rumah tangga tanpa menggangu orang lain di media sosial.
Dia dilihat memuat naik kesehariannya dengan membasuh kain, mengemas rumah, menguruskan anak-anak serta membuat kerja rumah yang lain.
@yoonachiee Reply to @sofeaa.dreams tq syantik 🥰 🤲🙏❤️#alhamdulillah❤️ #gengnustan💞 #orangkampung🔰#bahagiaitusederhana #surirumahsepenuhmasa#sahabattiktok #fypシ #fypシ゚viral #sabahan#kudatcrew_fams ♬ original sound – YoonaChiee

Terima sahaja kecaman2 netizen
Komen kurang enak daripada netizen yang memintanya untuk mencermin diri serta mengatakan yang rumahnya hampir roboh namun masih sibuk membuat video TikTok hanya dibalas dengan ucapan ‘Insya Alla’h dan ‘terima kasih’ sahaja.
Dia juga menerima sahaja kecaman daripada netizen yang sakit hati melihat video TikToknya kerana menyedari dirinya juga insan biasa yang tak lari dari kesilapan.
@yoonachiee Aku insan biasa hanya menumpang d dunia🙏#orangkampung🔰#gengnustan💞 #surirumahsepenuhmasa #bahagiaitusederhana #alhamdulillah❤️#fypシ #fypシ゚viral #menghiburdirisendiri #forfunonly#sabahan #kudatcrew_fams #forfunonly ♬ suara asli – 💫💫💫𝓡𝓸𝔂 𝓫𝓪𝔁𝓲💫💫💫

Hati yang baik adalah hati yang bahagia
Susulan daripada perkongsian tersebut, rata-rata warganet yang mengikuti @yoonachiee di TikTok tetap memberikan sokongan serta semangat untuknya.
Dia yang hanya ingin menggembirakan hati sama sekali tidak meminta-minta atau meraih simpati walaupun hidup dalam keadaan sederhana.

Comments are closed.